Inovasi Pensyarah UNISEL Sumbang Pingat Emas

Inovasi Pensyarah UNISEL Sumbang Pingat Emas

Cetusan hebat inovasi Permainan Smart Al-Fatihah ciptaan Muhammad Nazir Bin Mohammed Khalid, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya menobatkan beliau sebagai pemenang pingat emas di Karnival Inovasi Pengajaran & Pembelajaran UKM (K-Novasi P&P) menerusi Kategori e-Pembelajaran/ Bahan Bantu Mengajar.

K-Novasi P&P ini mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan objektifnya untuk mengenal pasti produk dan inovasi P&P di peringkat kebangsaan selain meningkatkan kemahiran warga akademik dari segi teknik dan pendekatan terkini bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang lebih menarik, karnival yang sudah memasuki siri ketiga penganjuran itu buat julung kalinya menawarkan penyertaan kepada peserta dari institusi luar. Dengan kejayaan yang diraih oleh Muhammad Nazir itu telah cukup untuk membuktikan bahawa UNISEL mempunyai tenaga pengajar antara yang terbaik dan setanding dengan pensyarah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Nazir Bin Mohammed Khalid. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan dorongan buat tenaga akademik lain untuk terus menggapai kecemerlangan dan menjadikan UNISEL sebagai pusat pendidikan peneraju transformasi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *