IFTAR PERDANA UNISEL-MBI RAI MAHASISWA UNISEL

IFTAR PERDANA UNISEL-MBI RAI MAHASISWA UNISEL

Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) buat julung kalinya memgadakan Iftar Perdana 2019 bagi meraikan mahasiswa UNISEL pada bulan Ramadan ini. Majlis yang ditaja sepenuhnya oleh MBI itu berlangsung dengan jayanya di Dataran Konvokesyen, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Majlis dimulai dengan forum bertajuk “Lailatul Qadar dan Penentuan Rezeki” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Profesor Adjung UNISEL dan disusuli oleh ucapan daripada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Dalam ucapannya, beliau memberi penghargaan kepada pihak MBI atas kesudian menaja Majlis Iftar Perdana 2019 ini. Beliau juga berterima kasih kepada para pelajar yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak pengurusan UNISEL.

Dalam pada itu, majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan zakat daripada Bank Islam kepada UNISEL berjumlah RM10,000. Replika cek tersebut diserahkan oleh Encik Shamsul Azlan Mohd Nor, Regional Deposit Bussiness Manager Bank Islam kepada Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Dianggarkan seramai 1500 orang pelajar UNISEL hadir pada majlis Iftar Perdana ini. Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil MBI, barisan pengurusan tertinggi, pensyarah serta kakitangan pentadbiran UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *