Ibu Bapa Teruja Di Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UNISEL

Ibu Bapa Teruja Di Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UNISEL

Bersempena dengan hari pendaftaran pelajar asasi pada Sabtu lalu, Dewan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya telah dibanjiri dengan kehadiran pelajar-pelajar baharu dari seluruh negara.

Rata-rata ibu bapa ditemui semasa hari pendaftaran berkata, UNISEL menjadi pilihan berikutan institusi ini merupakan satu-satunya institusi swasta yang menawarkan yuran pengajian percuma bagi pelajar asasi. Hal ini juga disebabkan oleh Skim Dermasiswa yang menawarkan yuran pengajian percuma bagi pengajian tahun asas.

Apa yang lebih menarik, pada sesi pengambilan pelajar baharu kali ini, para pelajar diberikan wang saku sebanyak RM500 setiap semester dan yuran asrama percuma khas kepada pelajar Tahun Asas Sains dan Tahun Asas Teknologi Maklumat.

Ruzina Amrun dari Sabak Bernam berkata, UNISEL menjadi pilihan untuk menempatkan anaknya berikutan respon positif yang diterima oleh anak rakannya. Tambah beliau, tawaran yuran percuma kepada pelajar tahun asas ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban tanggungan keluarga.

Berbeza pula dengan pendapat dari Tan Chee Han, selain atas faktor yuran percuma, suasana pembelajaran yang terdapat di UNISEL menarik perhatian beliau untuk tempatkan anak beliau di UNISEL. Beliau yakin dengan prasarana dan kemudahan yang terdapat di UNISEL ini mampu memberi keselesaan untuk anaknya.

Seorang lagi bapa, Sreendaran Subramaniam dalam pada itu amat teruja untuk mendaftarkan seorang lagi anak beliau yang mengikut jejak langkah dua lagi saudaranya menyambung pengajian di UNISEL. 
UNISEL menjadi pilihan bapa ini berikutan yurannya yang amat berpatutan selain yakin dengan tahap keselamatan yang dipamerkan oleh pihak pengurusan universiti.

Para ibu bapa tersebut ditemui ketika itu hadir pada hari pendaftaran pelajar baharu yang telah berlangsung di UNISEL kampus Bestari Jaya. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam pada itu sempat meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama ibu bapa yang hadir pada hari tersebut

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *