Hasil Ciptaan Pensyarah UNISEL Sumbang Pingat Di ITEX 2018

Hasil Ciptaan Pensyarah UNISEL Sumbang Pingat Di ITEX 2018

Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi (ITEX 2018) telah menyaksikan kemenangan yang berpihak kepada Muhammad Nazir Mohammed Khalid melalui hasil inovasi aplikasi Smart al-Fatihah dan Mohd Fadzli Ahmad melalui Rapid Cells Regenerative Device. Kedua-duanya telah memenangi pingat emas.

Manakala pingat perak telah dimenangi oleh Prof. Dr. Sharr Azni Harmin (Produk VitElisa), Prof. Madya Dr. Mohd Raja Tariqi Raja Lope Ahmad (Produk Multi M2M Controller) dan Muhammad Fairuz Abd Rauf (Produk Rehabilitation for Parkinson Disease Patient Using Exergame).

ITEX’18 yang berlangsung pada 11 Mei lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah mendapat penyertaan dari 20 buah negara. Seluruh warga UNISEL mengucapkan setinggi tahniah kepada para pemenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *