Gotong-royong & Pelupusan Perdana UNISEL 2019

Gotong-royong & Pelupusan Perdana UNISEL 2019

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Program Gotong-Royong dan Pelupusan Perdana bertempat di kampus Bestari Jaya. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu disertai oleh kesemua kakitangan akademik dan pentadbiran kampus Bestari Jaya.

Ini merupakan program kesinambungan kepada Program Gotong-Royong Perdana 2018 yang diadakan pada tahun lepas. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL Hadir memeriahkan program. Hadir sama adalah pengurusan tertinggi UNISEL.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah gotong-royong dan penanaman pokok di sekitar kampus Bestari Jaya. Dalam pada itu, pertandingan keceriaan turut diadakan sempena program gotong-royong ini melibatkan kesemua pusat tanggungjawab.

Bagi kategori Fakulti dimenangi oleh Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran manakala bagi kategori Jabatan dimenangi oleh Perpustakaan Bestari Jaya.

Kedua-dua pusat tanggungjawab tersebut memenangi hadi berupa wang tunai berjumlah RM1000 dan satu set sofa. Kriteria pemenang dipilih berdasarkan kebersihan, kekemasan, kecerian serta kesungguhan dalam perancangan pelupusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *