Gabungan UNISE-LUAS Juara Inovasi Peringkat Negeri Selangor

Gabungan UNISE-LUAS Juara Inovasi Peringkat Negeri Selangor

Gabungan pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) dan Lembaga Urus Air Negeri Selangor (LUAS) yang dikenali sebagai SMART ORS berjaya dinobatkan sebagai juara pada Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018.

Hadiah tersebut telah disampaikan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam satu majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilang di Dewan Banquet, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz.

Empat pensyarah tersebut adalah Prof. Madya Dr. Dzulkarnaian Ahmad, Hajjah Hazmin Mansor, Mohd Khatta Marwah dan Mazian Mohamad kesemuanya dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat bersama ahli dari LUAS iaitu Ahmad Faidz Razalli, Mohd Hafzan Sardi, Norirwan Mohamad, Mohd Norazmil Abdul Rahman dan Mohd Fikri Omar.

Mereka berjaya menduduki tempat pertama menerusi kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) pada Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018 yang telah diadakan pada 25 hingga 27 September 2018 yang lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *