Duta Besar Jepun Tanam Pokok, Simbolik Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-13

Duta Besar Jepun Tanam Pokok, Simbolik Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-13

Duta Besar Jepun Ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa menyempurnakan majlis menanam pokok Salam atau nama saintifiknya Syzygium polyanthum sebagai simbolik kehadiran beliau sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) kali ke-13 yang akan berlangsung esok.

Majlis menanam pokok tersebut diadakan di perkarangan Canseleri UNISEL Kampus Bestari Jaya dan dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad RedzuanOthman, Presiden dan Naib Canselor serta barisan pengurusan tertinggi universiti.

Dr. Makio Miyagawa adalah Duta Besar Jepun ke Malaysia sejak tahun 2014 dan bakal penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke-13 yang akan berlangsung esok, 27 Oktober 2018 hingga 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *