Ceramah Bulanan UNISEL Sempena Maal Hijrah 1440H

Ceramah Bulanan UNISEL Sempena Maal Hijrah 1440H

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Islam hari ini mengadakan Majlis Ceramah Bulanan bersempena sambutan Maal Hijrah 1440H yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, UNISEL Kampus Shah Alam.

Ceramah yang bertajuk “Hijrah Perobah Lembaran Sejarah” tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timbalan Ketua Unit Strategik Yayasan Takmir Pendidikan selama satu jam mengupas erti serta sejarah Maal Hijrah yang perlu dihayati.

“Hijrah merupakan satu pengorbanan dan perjuangan. Untuk melakukan penghijrahan haruslah ada satu persediaan. Saya menyeru agar semua umat Islam berhijrah kerana setiap hijrah yang dilakukan pasti akan ada ganjaran”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, dengan melakukan penghijrahan akan menjadi penyelamat kepada kita semia daripada terus melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Majlis yang berakhir pada jam 12.45 tengahari itu turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Dr. Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, Pengarah Pusat Islam, barisan pengurusan tertinggi serta kakitangan akademik dan pentadbiran UNISEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *