Atlet Taekwando Sumbang Pingat Pertama UNISEL Di SUKIPT

Atlet Taekwando Sumbang Pingat Pertama UNISEL Di SUKIPT

Sekalung tahniah diucapkan kepada Wan Nur Nadia Amanina yang telah berjaya menyumbang pingat pertama Universiti Selangor (UNISEL) pada kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang sedang berlangsung di UKM Bangi.

Penuntut semester empat jurusan Diploma Pengurusan Industri Sukan itu berjaya menewaskan lawannya, peserta dari Sunway Universiti untuk menggenggam pingat gangsa dalam kategori Middle (67-73KG) menerusi acara sukan Taekwondo.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Norazwan A. Bakar selaku ketua kontinjen UNISEL berharap agar kesemua atlet yang bertanding mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan menghasilkan lebih banyak pingat kepada universiti. Jutaan syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada Wan Nur Nadia Amanina dan diharap kejayaan ini dapat memberi semangat kepada rakan seperjuangan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *