AKS 2018 Iktiraf Kepimpinan Pelajar

AKS 2018 Iktiraf Kepimpinan Pelajar

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) menganjurkan Anugerah Kepimpinan Siswa 2018 (AKS 2018) yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Canselor, UNISEL kampus Bestari Jaya.

AKS 2018 merupakan satu penghormatan dan penghargaan buat pelajar dalam organisasi yang terlibat secara cemerlang di dalam dan luar kampus sepanjang tahun 2018.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan perasmian berkata, AKS 2018 merupakan anugerah yang diinspirasikan oleh Allahyarham Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin, mantan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti.

“Anugerah ini merupakan anugerah yang dianjurkan buat kali ketiga bagi menyokong dan memberi penghargaan kepada kepimpinan pelajar yang bergiat secara aktif dalam berpesatuan,” ujar beliau.

“Selain penglibatan pelajar tempatan, pelajar antarabangsa turut mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan di UNISEL. Ini jelas menunjukkan nilai interaksi yang baik dalam kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa,” ujar beliau lagi.

Lebih 50 pencalonan dan dua saringan dijalankan yang melibatkan penilain juri dalaman dan luaran. Ini adalah bagi mendorong pelajar untuk lebih bergiat dan melakukan perubahan di dalam dan luar kampus.

Apa yang lebih menarik, YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang turut hadir dan menjadi penaja bagi anugerah ini.

Berikut merupakan senarai pemenang anugerah:

*Anugerah Pemimpin Badan Beruniform
-Karthikesan A/L Vijaykumar

*Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan
-Mohd Razli Bin Jalil

*Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi & Inovasi
-Mohd Faqih Bin Damarulan

*Anugerah Pemimpin Program Sukan & Rekreasi
-Nur Anisah Bt Norazmi

*Anugerah Pemimpin Program Pengucapan Awam
-Mohd hafiy Bin Abdul Rashid

*Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek
-Mohd Farid Bin Wahid

*Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan
-Ahmad Mursyidin Bin Mohd Shamsul

*Anugerah Pemimpin Program Dakwah
-Ahmad Mustaqim Bin Zakaria

*Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa
-Ali Akhbar

*Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Alam Sekitar)
-Nur Nadirah Binti Hamdan

*Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Kesejahteraan Komuniti)
-Muhammad Amal Fahim Bin Ahmad Siam

*Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Terbuka)
-Aini Syuhadah Bt Shahrom Fahmi

*Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik
-Muhammad Alif Bin Abd Kadir

Penyampaian Anugerah Utama

*Anugerah Organisasi Pelajar Terbaik
-Persatuan Devolunteer

*Anugerah Tokoh Siswa Terbaik Unisel 2018
-Karthikesan A/L Vijaykumar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *